7 Tanda Masalah Wang Sedang Melanda

In By Unknown / 12/02/2013 05:18:00 PM

7 Tanda Masalah Wang Sedang Melanda

Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan.
1. Menambah bilangan kad kredit
Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank.
2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja
Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam kad kredit riba dan kaedah untung dari jual beli dalam kad kredit perbankan Islan.
3.  Usik akaun simpanan
Tabung memang ada. Mula-mula memang rajin simpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.
4. Bergilir bayar bil bulanan
Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.
5. Tidak boleh tidur malam
Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya.
6. Bergaduh dengan pasangan
Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Nauzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami / isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Rancang wang dengan pasangan. Bukan simpan masalah wang sampailah satu masa, kita bergaduh.
7. Mencari “easy” loan
Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along.

Read more
Cara Main Judi Bola Sepak Piala Dunia

In By Unknown / 12/02/2013 01:33:00 PM

Cara Main Judi Bola Sepak Piala Dunia



1. Judi adalah satu barah dalam masyarakat Malaysia.
2. Lihat sahaja menerusi akhbar tabloid yang popular di kalangan masyarakat Melayu, khususnya pada hari Ahad, penuh dengan keputusan-keputusan nombor ekor. Ini belum campur dengan online gambling yang semakin mudah disertai di internet hari ini.
3. Justeru, keputusan kerajaan meluluskan judi bolasepak menjelang Piala Dunia 2010 sebenarnya dialu-alukan oleh sebahagian masyarakat Malaysia.
4. Kenapa manusia berjudi? Ia adalah satu persoalan yang penting untuk dijawab untuk kita mengenal pasti masalah sebenar.
5. Gejala judi bukan hanya melibatkan orang miskin, tetapi orang-orang kaya juga berjudi. Justeru, orang yang berjudi ini bukanlah hanya sebab dia miskin dan nak duit lebih semata-mata. Bekas Ketua Menteri Sabah sendiri pernah disaman kerana hutang judi.
6. Allah SWT telah jelas menyebut:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90)

7. Tuan puan yang membaca blog saya ini wajib menjauhi judi-judi yang wujud di Malaysia. Tuan puan tidak akan berjaya sekiranya tuan puan cuba mencuba nasib dengan berjudi. Allah swt telah sebut dalam al-Quran, malah statistik matematik pun telah membuktikannya.
8. Tuan punya kedai judi / kasino adalah orang yang confirm akan kaya. Manakala kaki judi, majoriti akan hampa. Kesian, duit yang dicari dengan susah payah “didermakan” begitu sahaja kepada tauke judi.
9. Kawan saya ada bercerita, ada seseorang yang dia kenal menang nombor ekor. Dah menang dan dapat duit, beli motor cash. Elok sahaja dapat motor, esoknya motornya kena petir.
10. Amacam ? Selamat pakcik tu yang kena petir motor dia. Kalau ditakdirkan kau menang judi bola sepak Piala Dunia nanti, belum sempat tuntut dah kena mati sakit jantung? Masuk syurga ke neraka agaknya ?
Read more
Pembiayaan Kereta di Perbankan Islam

In By Unknown / 12/02/2013 01:27:00 PM

Pembiayaan Kereta di Perbankan Islam



Seorang pembaca, dengan nick idris memberikan komen:
BANK ISLAM TU LOAN DIE HALAL KER??? Aritu mase nak beli kereta..pi tanye BANK ISLAM (BIMB), die kate interest rate =4 %, tanye BANK RAKYAT seblah 3.9%…kire same lah so dimanekah status kehalalannyer??.. hanya kerana ade panel syariah 4% tuh halal???- just like that???
1. Ini adalah persoalan biasa yang selalu bermain dalam pemikiran pengguna. Perbezaan bank riba vs bank Islam.
2. Seharusnya persoalan ini boleh dijawab oleh semua pegawai yang bertugas di mana-mana perbankan Islam. Tetapi malangnya ia tidak selalu berlaku. Ramai pegawai perbankan Islam sendiri tidak tahu bagaimana proses shariah di sebalik produk pembiayaan di bank masing-masing. Ini adalah satu situasi yang menyedihkan. Sekiranya pegawai sendiri ramai tidak tahu, bagaimana pengguna boleh menjadi lebih tahu ?
3. Perbankan Islam tidak memberikan sebarang bentuk pinjaman (loan / qard). Proses pembiayaan peribadi misalnya dibuat menerusi kontrak jual beli yang menghasilkan hutang (debt / dayn)  seperti bai al-inah dan juga tawarruq. Hutang yang dihasilkan bukan dari kontrak pinjaman tetapi kontrak jual beli.
4. Komen di atas adalah persoalan mendapatkan pembiayan pembelian kereta. Majoriti bank Islam di Malaysia menggunakan kontrak sewa dan kemudian beli atau dalam istilah Arab, ijarah thumma al-bay’ (AITAB) dan ada juga yang menggunakan BBA. Menerusi AITAB, bank adalah pemilik kereta dan pelanggan bank menyewa dari bank dan di penghujung tempoh sewaan, akan disusuli kontrak pembelian.
5. Sekiranya pegawai itu menyebut “interest rate” maka pegawai itu sendiri sebenarnya tidak faham. Dan sekiranya pegawai menyebut “profit rate” dan pengguna menyangka ia adalah “interest rate”, maka pengguna yang tidak faham.
6. Produk pembiayaan kereta misalnya, panel shariah berperanan memastikan struktur produk pembiayaan itu menepati syarat sewa beli dalam Islam dan pegawai shariah pula perlu memastikan pegawai lain mengikut sepenuhnya prosedur yang telah ditetapkan oleh panel shariah. Seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, fasa seterusnya dalam industri perbankan Islamadalah pembentukan satu mekanisma yang memastikan sekiranya berlaku pelanggaran prosedur shariah yang penting, bank wajib mengisytiharkan pendapatan yang diterima adalah satu pendapatan yang tidak halal justeru ia perlu dimasukkan dalam tabung kebajikan.
7. Semoga saya dapat membantu saudara idris dan para pembaca yang lain memahami hal ini. Persoalan lain yang ada amatlah dialu-alukan.
Read more
Terus melawan Pasif : Tidakkah anda nampak perbezaanya?

In By Unknown / 12/01/2013 03:00:00 PM


Rahsia kekayaan ialah bukannya sesorang itu mempunyai wang yang
banyak tetapi mereka mempunyai lebih banyak masa kebebasan. Oleh
kerana hasil pendapatan mereka banyakknya daripada pasif, mereka
mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya terus.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual.
Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka
memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada
gaji seperti kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda
bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada terus kepada pasif.
Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang
anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Rahsianya ialah anda perlu
menguji cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!



Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :


  1. 1.   Pelabur yang mendapat faedah 
  2. 2.   Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka 
  3. 3.   Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka 
  4. 4.   Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan 
  5. 5.   Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan 
  6. 6.   Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan 
  7. 7.   Pelakon yang mendapat bayaran royalti 
  8. 8.   Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes 
  9. 9.   Pencipta software yang menerima royalti 
  10. 10. Pencipta permainan video mendapat royalti 
  11. 11. Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan 



Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan
ini “ Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk
mencipta pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada,
anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun
keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
Read more
Teknik dan Strategi Memperolehi  Punca Pendapatan Tunai Tanpa Henti

In By Unknown / 12/01/2013 12:00:00 PM


Sekarang masanya untuk anda membuat keputusan untuk mencari punca
pendapatan yang boleh menjana pendapatan tanpa henti kedalam
takungan kehidupan anda. Anda boleh mencari kerja sambilan, tetapi
ianya bukanlah punca pendapatan yang saya maksudkan.
Anda sudah tentunya tidak perlu untuk bergantung harap daripada
orang lain. Anda perlukan punca pendapatan kepunyaan anda sendiri.

Punca pendapatan yang saya maksudkan ialah pendapatan sampingan.
Jenis pendapatan yang semakin popular pada masa ini dimana punca
pendapatan ini akan mengalirkan wang samada anda berada disitu atau
tidak. Jika anda pernah mendengar sesorang usahawan berkata “ Saya
tidak pernah mengambil cuti selama 5 tahun” Terdapat sesuatu yang
tidak kena dengan ayat tersebut. Tiada masalah untuk bekerja kuat.
Tetapi selepas beberapa tahun bekerja teruk, anda sudahnya bebas
dimana pelbagai punca pendapatan mengalir dipeti pos anda di Hawai.
Anda faham maksud saya?

Dua Jenis Punca Pendapatan:Terus atau Pasif (Sampingan) 

Tidak semua punca pendapatan dicipta sama. Ada punca wang yang
terus, dan ada pasif. Jawapan anda kepada soalan berikut akan
menentukan samada pendapatan anda adalah secara terus atau pasif

“Berapa kalikah anda dibayar bagi setiap jam anda bekerja?” 

Jika anda menjawab “Hanya sekali”, dan pendapatan anda ialah secara
terus. Pendapatan daripada gaji ialah secara terus. Anda dibayar
sekali untuk usaha anda.Dan jika anda tidak datang bekerja, anda
tidak dibayar pada hari itu.

Dengan pendapatan secara pasif, anda bekerja kuat sekali dan ianya
memberikan anda punca pendapatan selama beberapa bulan atau
bertahun. Anda mendapat bayaran berkali-kali untuk kerja yang sama.
Tidakkah sesuatu yang menyeronokkan jika anda dibayar beratus kali
untuk setiap jam kerja yang anda lakukan?
Read more
no image

In By Unknown / 12/01/2013 09:00:00 AM
Anda ingin menjadi kaya pada usia muda? Saya bukan bermaksud kaya hasil dari wang loteri atau nombor ekor. Tetapi kaya hasil dari titik peluh dan usaha sendiri seawal umur muda seperti Jutawan Steve Job dari Apple pada usia 27 tahun (awal 1980-an), Bill Gates dari Microsoft pada usia 30 tahun(1980-an), Larry Page dari Google pada usia 31 tahun (lewat 1990-an), Mark Zuckerberg – pengasas Facebook pada usia 24 tahun! atau Chad Hurley dari Youtube pada usia 30 tahun, dan banyak lagi. Mereka ini telah mencapai satu tahap kegemilangan seawal usia yang muda.
Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana mencipta kekayaan pada usia muda, pecahkan tembok batu yang menghalang anda daripada mencapainya. Dan lihat ke mana kehidupan telah membawa anda setakat ini. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda memecahkan tembok tersebut:-
Tips Membina Kekayaan #1 – Tahu & Faham Kehendak Anda
Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.
Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?
Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.
Tips Membina Kekayaan #2 – Buka Perniagaan Sendiri
Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.
Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.
Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.
Tips Membina Kekayaan #3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana
Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.
Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.
Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan kesemua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”
Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips diatas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia, atau Dunia. ;)
Read more
no image

In By Unknown / 11/30/2013 03:43:00 PM
Dalam hidup ini, semua perkara yang kita lakukan mempunyai risiko.
Makan pun boleh tercekik.
Minum tersedak. Lidah pun boleh tergigit. Apatah lagi dalam bisnes dan pelaburan. Setiap satu cabang bisnes dan pelaburan ada risikonya tersendiri.
Barangkali ada yang menyatakan, “Main saham risiko tinggi. Mari beli unit trust. Aku boleh jadi ejen kau.”
Atau ada yang terus menyebut, “Harga emas sentiasa naik. Kau mesti tak rugi punya. Aku ada jual emas.”
Ramai daripada kita juga selalu menyebut, “High risk, high return.” Tetapi hal tersebut tidak semestinya begitu khususnya apabila anda memahami apa itu risiko dan bagaimana untuk menguruskan risiko.
Secara umumnya, pasaran hadapan, komoditi, forex, optionswarrants adalah lebih berisiko berbanding pasaran saham. Manakala pasaran saham pula, risikonya lebih tinggi dari hartanah. Manakala, pasaran hartanah pula risikonya lebih tinggi dari pasaran bon / sukuk. Pasaran bon / sukuk pula lebih berisiko dari pasaran money market. Pasaran money market pula adalah lebih berisiko dari simpanan wadiah biasa.
Sepanjang pengalaman saya, pasaran hadapan kelapa sawit mentah (CPO) boleh memberi untung 100 mata (RM 25 x 1 point = RM 2,500) dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja sekiranya anda betul. Dan risikonya juga bersamaan anda boleh rugi 100 mata juga. Justeru, hal ini bersamaan dengan bulatan merah yang anda boleh lihat dalam gambarajah di atas.
Apa yang penting, anda tahu menguruskan risiko dalam pasaran CPO seperti teknik cut loss. Justeru, anda boleh mengawal risiko anda dari RM 2500 hanya kepada RM 250 sahaja. Jadi, dengan teknik tersebut, risiko anda sudah dikawal menjadi seperti bulatan yang kedua. Bulatan yang warna merah itu adalah baki risiko, manakala bulatan kuning itu adalah kaedah pengurusan risiko.
1. Anda mesti tahu the worst case scenario.
2. Apa plan anda untuk perkara 1, bagi mengurangkan potensi kerugian ?
3. Apa plan anda untuk mengurangkan kebarangkalian kerugian dari berlaku ?
Dalam Islam, Nabi Muhammad saw suruh kita tambat unta dulu, dan bukannya biarkan unta tu tak terikat dan lepas tu kata tawakkal. Jadi kalau unta hilang juga selepas kita tambat, maka itu memang bukan rezeki kita.
Jadi, kita ni jangan terlalu takut mengambil risiko. Pada masa yang sama, jangan juga terlalu berani kata tidak ada risiko langsung. Kita perlu akui setiap aktiviti bisnes dan pelaburan itu mempunyai risiko tersendiri dan selepas itu kita perlu berusaha untuk mengawal risiko-risiko yang wujud.
Itulah sikap pelabur yang cerdik pandai.

Sumber: Pakdi.net
Read more
Cara Buat Duit di Internet

In By Unknown / 11/30/2013 02:39:00 AM
Hati-hati. Jangan menjadi mangsa.
“Pencuri tidak akan mengaku dia pencuri.”
Berikut adalah gambaran penuh apabila pemasaran skim cepat kaya dibongkar.

Read more
Apa Itu Bank?

In By Unknown / 11/30/2013 02:27:00 AM


Bank merupakan orang tengah.


Dalam bahasa teknikalnya, financial intermediaries.
Institusi bank itu sendiri merupakan sesuatu yang neutral. Sekiranya bank itu beroperasi dengan kaedah riba, maka bank itu adalah bank yang haram di sisi Islam. Sekiranya bank itu tidak diuruskan dengan baik, maka bank itu akan menjadi bank yang rugi.
Di Malaysia, ramai yang cuma tahu kewujudan bank runcit. Bahasa teknikalnya adalah retail banking atau pun consumer banking. Bank yang kita buka akaun simpanan, mohon kad kredit, membuat pembiayaan rumah, kereta dan peribadi.
Sebenarnya ada banyak financial intermediaries selain bank runcit. Antaranyabank pelaburanfinance housefund management, syarikat insurans / takaful , syarikat broker saham, bank koperasi, pengurup wang dan macam-macam lagi. Fungsi mereka sebagai orang tengah adalah sama, cuma sektor kewangan sahaja yang berbeza.
Bank pelaburan contohnya, terlibat dalam menerbitkan bon atau pun sukuk.
Bank komersil terlibat dalam trade finance.
Syarikat broker pula hanya boleh menjual beli saham & komoditi.
Syarikat fund management menguruskan dana pelaburan.
Peranan bank ini telah wujud lama. Malah, dalam sejarah Islam itu sendiri, “cek” (sakk) yang dikeluarkan oleh “bank” di Baghdad dapat ditunaikan di Morocco. Nabi saw sendiri dikenali sebagai seorang yang amanah, ramai orang mendapatkan khidmat Nabi saw untuk “menyimpan” (wadiah) sesuatu yang berharga. Pada penghujung usia baginda, baju perisai “digadaikan” (rahn) untuk mendapatkan gandum.
Kenapa peranan orang tengah ini penting. Begini.
Ahmad mempunyai wang tunai RM 250,000.
Ali pula hanya ada RM 2,500.
Ali berhasrat untuk membeli sebuah kereta berharga RM 60,000. Sekiranya tidak ada bank, maka Ali perlu mendapatkan pembiayaan dari orang yang kaya macam Ahmad. Kalau Ahmad ini pemakan riba, maka Ahmad akan memberikan pinjaman dengan kadar faedahnya sekali. Tetapi sekiranya Ahmad ini Shariah compliant orangnya, maka Ahmad akan menggunakan berjual beli dengan Ali dengan kontrak murabahah lil amri bi shira atau pun terus sahaja menggunakan kaedah sewa beli seperti ijarah muntahiah bit tamlik.
Seterusnya, Ali dan Ahmad perlu melantik peguam untuk dokumentasi hutang. Malah, Ahmad perlu bersedia untuk ‘menarik kereta’ sekiranya Ali tidak membuat pembayaran bulan-bulan kerana setiap hutang wajib dibayar. Begitulah secara umumnya apa yang perlu dilalui oleh Ahmad dan Ali. Tetapi ini jalan cerita mudah.
Sekarang cuba bayangkan, ada seorang lagi yang bernama Aminah, simpanannnya lebih banyak dari Ali iaitu sebanyak RM 10,000 dan berminat untuk mendapatkan sebuah kereta juga. Kerjaya Aminah adalah lebih stabil dari Ali dan lebih berdisiplin. Sekiranya Ali dan Aminah menghantar borang permohonan dengan serentak kepada Ahmad, apakah proses yang perlu Ahmad buat?
Maka di sini wujud kaedah pengurusan risiko seperti penilaian kredit. Adakah Ahmad mempunyai kemahiran mengurus risiko untuk menentukan siapa antara Aminah & Ali yang lebih cenderung untuk bayar hutang secara berdisiplin sekiranya Ahmad bersetuju memberikan pembiayaan selama 7 tahun ?
Begitulah yang bakal berlaku sekiranya tidak wujud bank.
Orang-orang kaya perlu bantu sendiri orang miskin secara langsung. Masalahnya, bukan semua orang pandai menguruskan hutang, sama ada memberi hutang, membayar hutang atau mengutip hutang. Kekayaan tidak diuruskan dengan efektif.
Jadi apabila bank wujud, maka orang yang kaya (surplus) perlu menyimpan sahaja duit dalam bank.
Selepas itu orang yang tidak ada duit (deficit), akan pergi ke bank untuk mendapatkan pembiayaan.
Bank selaku orang tengah akan menguruskan aset dan liabiliti mereka bagi membolehkan orang kaya mengeluarkan duit simpanan pada bila-bila masa yang diperlukan. Pada masa yang sama orang yang tidak berduit sangat ini mendapatkan pembiayaan kewangan tanpa perlu risau. Bayangkan jika secara tiba-tiba orang kaya menuntut hutang dengan lebih awal kerana anak mereka mahu menyambungkan pelajaran di luar negara.
Maka, bila wujud bank kekayaan dapat diuruskan dengan lebih baik. Efisyen. Orang kaya suka hati. Orang kurang berduit pun suka hati. Orang jual kereta suka hati.
Inilah peranan bank dalam masyarakat yang perlu kita tahu.
Sumber: Pakdi.net
Read more
Model Ekonomi Baru Malaysia

In By Unknown / 11/30/2013 02:16:00 AM



1. Saya sebenarnya ada menulis siri penulisan berkaitan pasaran bebas / pasaran terbuka dahulu sebelum artikel-artikel tersebut “hilang” akibat tragedi yang berlaku baru-baru ini.
2. Sementara menunggu saya menyusun kembali penulisan yang lama, saya mencadangkan kalian untuk membaca buku ini:
The Best Book On The Market; How to Stop Worrying and Love the Free Economy.
3. Saya tidak sengaja membeli buku ini tidak lama dulu, awek cun yang tunjuk kepada saya semasa kami berada dalam kedai buku. Saya pun tidak tahu sama ada buku ini ada lagi dijual di kedai-kedai buku yang utama. Maklumlah, ini bukan buku novel remaja.
4. Buku ini sebenarnya menceritakan apa itu pasaran terbuka dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Naratifnya mudah untuk difahami. Sedar tidak sedar, rupanya kita sedang membaca teori ekonomi yang kompleks.
5. Che Det telah menyuarakan pendapatnya tentang prinsip asas MEB walaupun secara tidak langsung. Ia dilaporkan menerusi Bernama.
6. Dunia sudah berubah, kerajaan Tok Jib juga telah menunjukkan kesediaan untuk berubah, maka adakah kita semua sebagai orang biasa hanya mahu duduk  statik dan kaku sahaja?
Read more
Panduan Beli Rumah Ikut Kemampuan

In By Unknown / 11/30/2013 02:02:00 AM


Kiraan pantas untuk memastikan kita terbeli rumah terlebih atau terkurang dari kemampuan sebenar.


1. Ambil slip gaji.
2. Ambil jumlah bersih selepas statutory deduction (EPF, Socso, PCB, Zakat & etc.)
3. Darab dengan 36 bulan.
Maka itulah jumlah harga rumah yang bersesuaian dengan pendapatan kita.
Contohnya pendapatan bersih sebulan, RM 5,000 x 36 = RM 180,000
Kalau nak buat pembiayaan bersama.
1. Ambil slip gaji pasangan
2. Ambil jumlah bersih selepas statutory deduction (EPF, Socso, PCB, Zakat & etc.)
3. Campur dengan pendapatan sendiri seperti yang dibuat sebelum ini.
4. Darab dengan 36 bulan.
Andaikan pendapatan bersama adalah RM 8,000, x 36 = RM 288,000.
Maka kita dapat menjadikan kiraan ini sebagai panduan asas beli rumah untuk kita duduki sendiri.

Sumber: Pakdi.net
Read more
no image

In By Unknown / 11/30/2013 01:58:00 AM

Robert Kuok masih mengekalkan statusnya sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan berjumlah RM46.1 billion diikuti tauke Astro dan Maxis, Ananda Krishnan (RM32.9 billion) dan yang ketiga bos Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.7 billion).

top 3 richest man in malaysia
3 Orang Paling Kaya Di Malaysia

Senarai 40 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013

1. Robert Kuok Hock Nien (46,100.00) (Kerry Group/Kuok Group)
2. T Ananda Krishnan (32,904.28) (Usaha Tegas)
3. Tan Sri Teh Hong Piow (13,734.25) (Public Bank)
4. Tan Sri Quek Leng Chan (11,090.00) (Hong Leong Group)
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (10,600.00) (Al-Bukhary Foundation)
6. Tan Sri Lee Shin Cheng (10,557.48) (IOI Group)
7. Tan Sri Lim Kok Thay (8,120.57) (Genting Group)
8. Puan Sri Lee Kim Hua (7,235.44) (Genting Group)
9. Tan Sri Tiong Hiew King (6,346.53) (Rimbunan Hijau)
10. Ong Beng Seng (4,016.40) (Hotel Properties Ltd)
11. Tan Sri Azman Hashim (3,840.00) (Arab-Malaysian Corp)
12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (3,467.13) (YTL Group)
13. Datuk Mokhzani Mahathir (2,669.11) (SapuraKencana Petroleum)
14. Tan Sri Vincent Tan (2,256.08) (Berjaya Group)
15. Datuk Desmond Lim (1,869.20) (Pavilion REIT)
16. Datuk Lee Yeow Chor (1,742.47) (IOI Group)
17. Lee Yeow Seng (1,699.14) (IOI Group)
18. Tan Sri Lau Cho Kun (1,697.84) (Hap Seng Consolidated)
19. Datuk Shahril Shamsuddin (1,642.22) (Sapura Group)
20. Datuk Shahriman Shamsuddin (1,641.03) (Sapura Group)
21. Tan Sri Jeffrey Cheah (1,581.93) (Sunway Group)
22. Tan Sri Tony Fernandes (1,561.92) (AirAsia)
23. Tan Sri Lee Oi Hian (1,557.64) (Batu Kawan)
24. Datuk Lee Hau Hian (1,554.02) (Batu Kawan)
25. Tan Sri Francis Yeoh (1,463.73) (YTL Group)
26. Datuk Yeoh Seok Hong (1,392.56) (YTL Group)
27. Datuk Michael Yeoh (1,367.02) (YTL Group)
28. Datuk Yeoh Seok Kian (1,337,77) (YTL Group)
29. Datuk Kamarudin Meranun (1,316.69) (AirAsia)
30. Tan Sri Dr. Lim Wee Chai (1,281.92) (Top Glove Group)
31. Datuk Mark Yeoh Seok Kah (1,273.52) (YTL Group)
32. Puan Sri Chong Chook Yew (855.75) (Selangor Properties)
33. Ong Leong Huat & Khor Chai Moi (787.31) (OSK Holdings/Willowglen)
34. Ngau Boon Keat (746.99) (Dialog)
35. Datuk Ak Nathan (687.72) (Eversendai)
36. Tan Sri Leong Hoy Kum (665.23) (Mah Sing Group)
37. Datuk Tan Heng Chew (651.31) (Tan Chong Motors Holdings)
38. Datuk Abdul Hamed Sepawi (570.40) (Ta Ann Holdings)
39. Datuk Seri Stanley Thai (488.70) (Supermax Corporation)
40. Tan Sri Kua Sian Kooi (485.34) (KSK Group)
Ranking ini dikira mengikut jumlah pegangan saham mereka di dalam syarikat awam berhad sehingga 18 Januari 2013.
Sumber : Majalah Malaysian Business
Read more
Siapa kata malas tidak boleh menjadi kaya?

In By Unknown / 11/29/2013 06:54:00 PM


Siapa kata orang malas tidak boleh menjadi kaya?
Mungkin anda mengelengkan kepala apabila membaca ayat diatas. Selama
ini kita diajar supaya mesti bekerja keras untuk berjaya. Semakin
kuat anda bekerja semakin kaya anda jadinya. Benarkah?
Jika benar mengapa hanya 5% sahaja orang yang menjadi jutawan. 10
peratus lagi hidup agak senang. Masalah 85% masih lagi hidup dengan
bergantung kepada gaji dari bulan ke bulan dan masih dibendung
masalah kemiskinan.
Adakah Bill Gates lebih rajin bekerja daripada orang biasa sehingga
beliau boleh membeli apa sahaja barang didunia ini dengan memetik
jari?
Adakah Michael Dell bersengkang mata sehingga lewat pagi belajar
bagaimana membuat komputer peribadi yang canggih? Walaupun dibuang
universiti beliau kini memiliki jet peribadi sendiri.
Bagaimana pula kisah seorang yang mempunyai hutang berguni
sehinggakan bank sudah tidak sabar untuk merampas rumah beliau dan
menghalaunya keluar. Tetapi dalam masa hanya beberapa tahun beliau
berjaya membeli rumah setengah juta dengan wang tunai.
Joe Karbo – beliau merupakan seorang pemalas tetapi mempunyai
simpanan jutaan ringgit dibank!
Apa rahsia Joe Karbo – seorang pemalas yang boleh menjadi kaya?
Read more