Terus melawan Pasif : Tidakkah anda nampak perbezaanya?
Rahsia kekayaan ialah bukannya sesorang itu mempunyai wang yang
banyak tetapi mereka mempunyai lebih banyak masa kebebasan. Oleh
kerana hasil pendapatan mereka banyakknya daripada pasif, mereka
mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya terus.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual.
Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka
memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada
gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda
bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada terus kepada pasif.
Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang
anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Rahsianya ialah anda perlu
menguji cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :
- 1. Pelabur yang mendapat faedah
- 2. Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
- 3. Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
- 4. Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
- 5. Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
- 6. Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
- 7. Pelakon yang mendapat bayaran royalti
- 8. Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
- 9. Pencipta software yang menerima royalti
- 10. Pencipta permainan video mendapat royalti
- 11. Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan
ini “ Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk
mencipta pendapatan secara pasif?” Jika jawapan anda ialah tiada,
anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun
keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
About The Author
Total Buzzify
You can find we everywhere
See we be everywhere
but they ain't never there
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments