1. Saya sebenarnya ada menulis siri penulisan berkaitan pasaran bebas / pasaran terbuka dahulu sebelum artikel-artikel tersebut “hilang” akibat tragedi yang berlaku baru-baru ini.
2. Sementara menunggu saya menyusun kembali penulisan yang lama, saya mencadangkan kalian untuk membaca buku ini:
The Best Book On The Market; How to Stop Worrying and Love the Free Economy.
3. Saya tidak sengaja membeli buku ini tidak lama dulu, awek cun yang tunjuk kepada saya semasa kami berada dalam kedai buku. Saya pun tidak tahu sama ada buku ini ada lagi dijual di kedai-kedai buku yang utama. Maklumlah, ini bukan buku novel remaja.
4. Buku ini sebenarnya menceritakan apa itu pasaran terbuka dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Naratifnya mudah untuk difahami. Sedar tidak sedar, rupanya kita sedang membaca teori ekonomi yang kompleks.
5. Che Det telah menyuarakan pendapatnya tentang prinsip asas MEB walaupun secara tidak langsung. Ia dilaporkan menerusi Bernama.
6. Dunia sudah berubah, kerajaan Tok Jib juga telah menunjukkan kesediaan untuk berubah, maka adakah kita semua sebagai orang biasa hanya mahu duduk statik dan kaku sahaja?

0 comments